CERAMAH PERDANA : DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

27 May 2009

Tanggal 25 Mei 09 akan menjadi kenangan kepada Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah apabila menjadi tuan rumah kepada Ceramah Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sejak diberikan tanggungjawab sebagai Bahagian yang bertanggungjawab menguruskan ceramah tersebut, semua AJK Bahagian, AMK dan Wanita Bahagian Gelang Patah serta bantuan dari AMK Pasir Gudang, AMK Bahagian Tenggara serta AMK Simpang Renggam pula membantu dari segi logistik, telah bergabung tenaga, bertungkus lumus membuat persiapan ceramah termasuk promosi. Edaran "handbill" sebanyak 35,000 helai telah di edarkan diseluruh Parlimen Gelang Patah, Johor Bahru, Senai, Pasir Gudang dan Tenggara. Terima kasih kepada Timbalan Ketua AMK Bahagian Tenggara, Sdr. Zainal yang mana beliau bersama 4 AJK AMK Tenggara telah bersama-sama mengedarkan "handbill" sehingga ke jam 2 pagi.



Begitu juga ucapan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Zulkifli Ahmad (Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah) yang mengizinkan kami menggunakan Dewan Ar-Razi sebagai tempat Ceramah tersebut. Bantuan dari Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah kami amat2 menghargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.




Walaupun saya terpaksa berhadapan dengan pihak Polis yang pada mulanya tidak membenarkan kami meneruskan program ceramah tersebut, namun setelah saya dan Sdr. Azlan (Ketua AMK Gelang Patah) berbincang dan menerangkan keadaan sebenar, Alhamdulillah OCPD Johor Bahru Utara akhirnya telah membenarkan dengan syarat penceramah mesti berada di dalam bangunan. Khemah dan pentas yang telah tersergam gagah dan indah terpaksa dibiarkan kosong.




Perasaan kecewa kami yang terpaksa akur dengan kehendak pihak Polis akhirnya terubat dengan kehadiran kira-kira 7,000 orang. Penat jerih kami akhirnya terbalas dengan kehadiran penyokong PR yang terpaksa melalui laluan getir disebabkan "road block" yang merata. Saya percaya sekiranya tiada sekatan jalanraya, berkemungkinan lebih dari 10,000 orang akan hadir ke ceramah tersebut. Turut kelihatan beberapa orang ahli UMNO yang cukup popular di Gelang Patah dan ada yang menyuarakan hasrat untuk menyertai PKR.




Saya selaku Pengarah Program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) Johor (Tn. Hj. Mohd Annuar Salleh), Timbalan PPN Johor (Tn. Hj. Halim Dawam), Setiausaha PPN Johor (Pak Ngah), Ketua Bahagian Gelang Patah (Dr. Zaliha Mustaffa.. tetap memberi idea walaupun bercuti), Pemangku Ketua Bahagian Gelang Patah (En. Abd. Manan Othman.. U're the best), Roslee (Setiausaha Bahagian), Ketua AMK Bahagian Gelang Patah (Azlan Ishak.. U're the great leader), Timb. Ketua AMK Gelang Patah (Azman Idris.. Totok), Naib Ketua AMK Gelang Patah (Ramli Ahmad.. yang berjaya mengelirukan pihak lawan), Yusree Abd Hamid, Pengerusi Tetap AMK Gelang Patah (Zainal Helmi.. Jangan takut mahluk), Ketua Penerangan (Zulkaria Ali), Penolong Setiausaha AMK (Amir), Zainal, Saiful, Aidil, Ping, Chong, Hasbullah,Naim, Azman, Uncle Bala, Kapten Malik, Dewi, (Ketua AMK Pasir Gudang) Nor Hadi dan AJKnya, Timb. Ketua Bahagian Pasir Gudang (Abg. Shukor) dan AJKnya, Ketua AMK dan Timb. Ketua AMK Tenggara (Arbain dan Zainal) serta AJKnya, Sdr. Faizul Abd Ghani (Timb. Ketua AMK Johor) serta AJK AMK Simpang Renggam, Teman2 dari PAS dan DAP dan sesiapa juga yang membantu menjayakan program ini. (Minta maaf jika saya tidak menyebut nama anda.....).

Kepada Ketua AMK Johor, Sdr. Zabidi Abas... Terima kasih atas kepercayaan Sdr. kepada saya. Terima kasih banyak. Kepada teman2... Ayuh.. kita terus memperkukuhkan "team" kita. Insya-ALLAH, jika kita ikhlas dalam perjuangan pasti Allah akan memberikan kejayaan kepada kita. Ayuh... Kita teruskan perjuangan kita.

Mohd Nazri Ismail
Pengarah Program AMK Johor

PROGRAM YB. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE JOHOR

25 May 2009


Sempena kedatangan/lawatan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Johor, saya selaku Pemangku Ketua Bahagian PKR Gelang Patah dimana Ceramah Perdana beliau akan diadakan di Taman Universiti, Skudai mengalu-alukan kedatangan seluruh warga Johor ke ceramah tersebut pada 25 Mei 09. Majlis akan bermula pada jam 9.00malam.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Johor, Tn. Hj. Mohd Annuar bin Hj. Salleh, wakil PAS Negeri Johor, Tn. Hj. Dzulkifli bin Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya (II) Negeri Johor), YB Dr. Boo Cheng Hau (Pengerusi DAP Johor/ADUN Sekudai), YB Amiruddin b. Shari (ADUN Batu Caves), Sdr. Shamsul Iskandar bin Mohd Akhin (Ketua AMK Malaysia) dan Sdr Mustaffa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR).

Ceramah tersebut akan dipengerusikan oleh Sdr. Zulkaria bin Ali (Ketua Penerangan PKR Bahagian Gelang Patah).

Insya-ALLAH dengan komitmen yang diberikan oleh petugas2 terutama dari AJK AMK dan AJK Bahagian Gelang Patah sedari mula diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi program ini, saya mengucapkan terima kasih.

Sekali lagi saya mengajak seluruh warga Johor yang cintakan semangat perpaduan, keADILan dan demokrasi sebenar agar datang beramai-ramai ke ceramah ini.

Abdul Manan Othman
Pemangku Ketua Bahagian
PKR Bahagian Gelang Patah

CERAMAH PERDANA : DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

21 May 2009

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim akan mengadakan siri lawatan kerja ke Johor pada
25 Mei 2009. Pada sebelah malam beliau akan mengadakan Ceramah Perdana di Gelang Patah dan butiran mengenai ceramah adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 Mei 2009 (Isnin)
Masa : 09.00 malam hingga 12.00 tgh malam
Tempat : Dewan Ar-Radzi
31 Jalan Kebudayaan 10
Taman Universiti
Skudai, Johor.

Seluruh rakyat Johor di jemput hadir ke ceramah tersebut.

Abdul Manan Othman
Pemangku Ketua Bahagian
PKR Bahagian Gelang Patah

MESYUARAT PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH

14 May 2009


Mesyuarat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 20 Mei 09 (Rabu)
Masa : 08.30 malam
Tempat : Pejabat DAP, Taman Orkid, Skudai, Johor.

Sehubungan dengan itu Ketua Bahagian, Ketua AMK Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian dan Setiausaha Bahagian diminta hadir ke mesyuarat tersebut.

Abdul Manan bin Othman
Pemangku Ketua Bahagian
PKR Bahagian Gelang Patah

KURSUS STRATEGIK PILIHANRAYA DITANGGUHKAN

Saketeriat Kursus Strategik Pilihanraya mengambil keputusan untuk menangguhkan kursus tersebut berikutan Dr. Zaliha yang merupakan Fasilitator Utama kursus ini diserang demam denggi dan keadaan beliau sekarang ini masih lemah.

Sehubungan dengan itu, kursus tersebut akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 24 Mei 2009
Masa : 09am hingga 05pm
Tempat : Pejabat PKR Negeri
Taman Teratai, Skudai, Johor.

Pihak saketeriat memohon ribuan ampun dan maaf diatas penangguhan ini.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Dr. Zaliha segera sembuh seperti sediakala.

BELUM BERJUANG DAH MENGAKU KALAH... BACUL BETUL

"Pilihanraya semula.. BN akan KALAH"


Mantan Perdana Menteri yang mungkin masih waras lagi dan belum diserang penyakit nyanyuk mengatakan dengan terang dan jelas bahawa tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.

Mantan Perdana Menteri ini yang dulunya popular dengan sajak "Perjuangan Belum Selesai", namun inikah lagak pejuang Umno...??? Inilah adalah contoh pejuang Umno yang "bacul" dan mungkin Najib dan pimpinan Umno sekarang mewarisi "kebaculannya".

Menang atau kalah itu adat perlawanan namun yang penting adalah rakyat Perak wajar diberi peluang untuk memilih siapakah yang layak mentadbir Negeri mereka. Jika mereka memilih BN maka Pakatan Rakyat mesti akur dengan keputusan tersebut namun jika berlaku sebaliknya, hakikat itu harus ditelan oleh BN walaupun pahit.

MAS SELAMAT BERJAYA DITANGKAP, PENCULIK/PEMBUNUH NURIN DAN SYARLINIE????

13 May 2009

Penjenayah paling dikehendaki "Mas Selamat" yang tempang kakinya telah berjaya dikesan dan ditangkap oleh Polis Malaysia setelah "beberapa bulan" lari dari buruan pihak berkuasa Singapura. Mas Selamat dipercayai berenang menyeberangi Selat Tebrau untuk ke Malaysia. Dipercayai setelah sebulan lebih bermastautin secara haram di Johor dan hasil pengintipan dan kecekapan anggota polis Malaysia, Mas Selamat akhirnya tertangkap. Kecekapan anggota Polis Malaysia harus mendapat pujian. Anggota Polis negara jiran yang dilengkapi peralatan canggih belum mampu mengatasi kecekapan anggota Polis Malaysia. Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia. Namun........................


Setelah hampir 2 tahun kita 'kehilangan' adik Nurin Jazlin Jazimin dan sudah lebih setahun adik Sharlinie Mohd Nasir hilang dari pangkuan ibubapanya, namun penjenayah ini masih belum lagi ditangkap. Kenapa...???? Setelah FBI dan Interpool dilibatkan untuk membantu menyelesaikan kes ini, namun penjenayah "bangsat" lagi kejam ini masih bebas diluar sana. Bagaimanakah perasaan keluarga Nurin dan Sharlinie ketika ini...??? Marah, Dendam, Rindu, Syahdu dan seribu satu macam perasaan bergelut dalam hidup mereka seharian.

Bukan niat kami memperlekehkan anggota polis Malaysia tapi kenapa sehingga kini masih tiada lagi tangkapan penculik/penjenayah ini. Ibubapa sentiasa risau dengan keselamatan anak2 mereka. Kenapa tidak dikerahkan 10,000 anggota Polis untuk mencari dan memburu penjenayah ini ketika kes ini dilaporkan. Kenapa ribuan polis boleh dikerahkan ke Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang semata-mata kerana menjaga "keselamatan dan ketenteraman awam" semasa pilihanraya kecil berlaku. Jika dilihat kedua-duanya sama, menjaga rakyat. Kenapa anggota polis cukup "mesra" dan tegas dengan orang awam terutama penyokong Pakatan Rakyat atau ahli2 politik Pakatan Rakyat. Kenapa pergerakan kami (Pimpinan Pakatan Rakyat) dipantau dan diintip sehinggakan Mesyuarat Bahagian pun pihak polis nak ambik tahu. Kenapa "prihatin" sangat kepada kami. Jika ada perkara2 yang berlaku melibatkan Pakatan Rakyat, maka "handphone" pimpinan Pakatan Rakyat Negeri akan sentiasa dihubungi... "berapa orang pergi", "pergi berapa kereta" dan macam2 lagi soalan "busy body" yang mereka tanyakan... Bagaimana dengan pimpinan Umno.. Adakah keperihatinan pihak polis terhadap mereka ini sama seperti mana keperihatinan pihak polis terhadap pimpinan Pakatan Rakyat??? Jangan "perihatin" sangat terhadap kami. Kami tidak akan bertindak diluar batasan undang2 dan kami bergerak dan bertindak mengikut perlembagaan parti dan undang2.

Sewajarnya pihak Polis Diraja Malaysia menumpukan untuk mencegah jenayah yang semakin meningkat. Penculikan, Pembunuhan, Mencuri, Merogol, Mencabul, Meragut dan pelbagai lagi bentuk jenayah yang memerlukan komitmen yang tinggi dari pihak Polis.

Semoga tahun ini tidak ada kes seperti Nurin dan Syarlinie berulang...

KEMELUT POLITIK DIPERAK

Kadangkala jemu untuk mengulas kemelut politik di Perak. Setelah beberapa isu yang agak ada hubungkait dengan isu di Perak, rakyat sudah boleh menilai dan mengagak apa yang akan berlaku selepas ini. Ternyata rakyat semakin bijak. Bermula dengan keputusan kerajaan pusat membebaskan 13 orang lagi tahanan ISA, ramai mendakwa bahawa tindakan tersebut dilihat seperti "ada udang disebalik batu".

Setelah DS Nizar telah menang dalam tuntutan beliau di mahkamah tinggi dan seterusnya diistiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Maka ketika itu rakyat bersorak sehinggakan 'SB2 (polis)' turut menghantar SMS 'Takbir DS Nizar menang'. Samada SB ini tahu atau pura2 tak tahu, mereka turut meraikan dengan kemenangan ini. Rakyat serta penyokong Pakatan Rakyat bersorak gembira. Malahan ada yang berpelukkan dan bertangisan kegembiraan. Pada mereka "mahkamah telah BEBAS". Namun "ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari", DS Nizar hanya sempat menjawat semula jawatan Menteri Besar kurang dari 24jam akibat tindakan Zamberi memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan mahkamah. Tidak keterlaluan bahawa isu ini sememangnya telah diarah,diolah dan dirancang dengan cukup rapi oleh pihak yang benar2 "bangsat" kerana tidak memikirkan hal rakyat. Pada mereka maruah politik lebih penting dari membela kebajikan rakyat.

Jika benar perkara ini tidak dirancang, masakan Zamberi dan exconya yang berhadapan dengan situasi genting, menanti keputusan mahkamah yang menentukan "maruahnya" samada beliau adalah Menteri Besar yang "sah" atau Menteri Besar yang "Haram" telah pergi ke Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun Umno. Seolah-olah tiada kerisauan dalam dirinya. Seolah-olah beliau telah diberi jaminan oleh pihak tertentu bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan.

Puak "bangsat" ini mempermainkan kita, mempermainkan pemimpin kita.... Tidakkah anda semua sedar.

Bagi mereka yang benar2 arif dalam hal undang2 dan perlembagaan serta "sarjana" dalam hal Undang2 Tubuh Negeri, kemelut ini amat sukar untuk diselesaikan di Mahkamah. Walaupun Zambery kalah di Mahkamah Tinggi tapi beliau boleh merayu lagi sehingga ke Mahkamah Rayuan. Bilakah kemelut ini akan berakhir....???? Yang pastinya pihak yang kalah akan memfailkan rayuan. Yang tersiksa sudah tentulah rakyat.

Beberapa Individu, Ahli Politik, NGO2, Suhakam dan beberapa pertubuhan bahkan parti komponen BN sendiri (MCA dan Gerakan) telah mencadangkan dan mendesak agar diadakan pilihanraya semula di Negeri Perak bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini. Namun akibat sikap angkuh, sombong, berlagak dan tidak mementingkan rakyat, puak "Bangsat Umno/BN" ini telah menolak cadangan pembubaran DUN Perak agar diadakan pilihanraya semula. Biarkan rakyat Perak menentukan siapakah yang layak diberi mandat untuk mentadbir negeri mereka.

Masih segar dalam ingatan, agenda pertama keluar dari mulut DS Nizar setelah dinobatkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah untuk memohon perkenan Sultan Perak bagi membubarkan DUN Perak agar pilihanraya diadakan semula sedangkan beliau sendiri tidak pasti apakah Pakatan Rakyat mampu menang. DS Nizar percaya, dengan izin Allah swt dan kuasa rakyat Perak sahajalah yang dapat menyelesaikan kemelut di negeri ini. Niat suci beliau belum kesampaian lagi.

Zamberi memfaikan rayuan penangguhan keputusan Mahkamah tinggi. Beliau terus memperlekeh DS Nizar dan kepimpinan Pakatan Rakyat. Golongan "Bangsat" ini yang takut kepada kekalahan jika diadakan pilihanraya semula, terus 'degil dan angkuh' telah menolak segala cadangan agar pilihanraya semula mesti diadakan di Negeri Perak ini. Namun pemimpin Umno/Bn ini terus-terusan menjadi pemimpin "Bacul lagi Pengecut". Sewajarnya penyokong Umno-Bn "malu lagi terhina" dengan tindakan pemimpin mereka. Layakkah pemimpin seperti ini digelar "Pahlawan" yang menjadi "pembela rakyat"..???

Rakyat harus sedar bahawa kemelut di Perak mungkin akan berlaku di Negeri2 lain dan jika terus mengekalkan Umno/Bn sebagai pemerintah maka demokrasi akan terus dilacur.

Dipetik dari amkgelangpatah.blogspot.com

BERITA KETUA PKR BAHAGIAN GELANG PATAH:

12 May 2009

Ketua PKR Bahagian Gelang Patah, Dr. Hajjah Zaliha binti Mustaffa telah dimasukkan ke wad Hospital Pakar Putri akibat mengalami demam denggi. Beliau telah dimasukan ke wad hospital tersebut sejak hari Sabtu.

Beliau kelihatan tidak berapa sihat sejak dari hari Jumaat dan pada malam perbincangan mengenai modul kursus, keadaan beliau dilihat begitu lemah sekali namun beliau tetap menggagahkan diri untuk memberi komitmen bagi menjayakan kursus ini. semangat beliau harus dijadikan contoh kepada semua.

Berikutan dengan itu, satu perbincangan akan dibuat samada kursus "Strategi Pilihanraya" akan diteruskan atau ditunda ke minggu hadapan.

Pihak urusetia akan memaklumkan kepada semua peserta selewat-lewatnya esok (13 Mei 2009).

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Dr. Zaliha cepat sembuh.

YAB DATUK SERI IR. MOHAMMAD NIZAR MENTERI BESAR PERAK YG SAH

11 May 2009

Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Walaupun keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat, namun harus diingat mungkin beberapa perkara "ajaib" bisa berlaku. Bermula dari 13 orang tahanan ISA dibebaskan semasa awal perlantikan Najib, kemudian 13 orang lagi tahanan ISA dibebaskan baru2 ini dan kini YAB Datuk Seri Nizar telah menang dalam tuntutan beliau di Mahkamah Tinggi bagi mengesahkan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

Umno/Bn akan melakukan apa sahaja untuk mereka kekal berkuasa. Apapun Tahniah kepada YAB Datuk Seri Muhammad Nizar bin Jamalluddin, Menteri Besar Perak yang sah.

PERJUMPAAN AJK BAHAGIAN, AMK DAN WANITA BHGN. GELANG PATAH

Untuk makluman semua AJK PKR Bahagian Gelang Patah, AMK Bahagian Gelang Patah dan Wanita Bahagian Gelang Patah bahawa satu pertemuan akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

Tarikh : 11/05/2009 (Isnin)
Waktu : 08.45 malam
Tempat : Pejabat PKR Taman Teratai.

Perjumpaan adalah bagi membincangkan beberapa program yang telah disusun antaranya ialah :-

i) Kursus "Strategik Pilihanraya"
ii) Program "Dinner" Pakatan Rakyat
iii) Pilihanraya Kecil DUN Penanti
iv) Program Jejak Fakir
v) Hal2 lain

Sehubungan dengan itu, AJK yang terbabit adalah DIWAJIBKAN HADIR.

Pemangku Ketua Bahagian
PKR Bahagian Gelang Patah

BISIKAN "KEADILAN" RAJA NAZRIN

08 May 2009


Sebelum Pemangku Sultan Perak, merasmikan Sidang DUN Perak semalam, Baginda telah membisikkan sesuatu kepada YAB Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar dan YB Datuk Ngah Kok Ham dan sebaik sahaja Persidangan DUN Perak ditangguhkan oleh Speaker Haram "Ganeson", kelihatan YAB Datuk Seri Ir. Nizar mengiringi Tuanku keluar dari dewan tersebut.

YAB Datuk Seri Ir. Nizar dalam kenyataan medianya mengatakan bahawa beliau akan memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak dan seterusnya mengadakan Pilihanraya semula bagi memberikan rakyat Perak membuat keputusan siapakah pilihan mereka untuk mentadbir Kerajaan Negeri Perak.

Semoga ALLAH sentiasa melimpahkan kehidupan Tuanku dengan Nur-kebahagian dan Nur-kerahmatan agar memperkenan pembubaran DUN Perak bagi memberi peluang kepada rakyat naungan Tuanku memilih siapakah yang layak mentadbir Negeri Perak.