29 April 2009
Pada 25 April 2009 (Ahad), Parti Islam seMalaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Gelang Patah kali ke-14 di Dewan Orang Ramai Taman Sri Pulai yang dirasmikan oleh YB Dato' Mahfuz bin Omar merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat.
Pemangku Ketua Bahagian, En. Abdul Manan b. Othman bersama Pen. Setiausaha PKR Bhgn. Gelang Patah Sdr. Mohamad Nazri b. Ismail serta AJK PKR Bhgn. Gelang Patah En. Ramli b. Radam mewakili Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah ke Perasmian Mesyuarat tersebut.
Sekalung Tahniah dari kami Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah kepada kepimpinan baru PAS Kawasan Gelang Patah iaitu :-
- Tn. Hj. Zulkifli bin Ahmad - Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah
- Ustaz Sallehuddin bin Dahiran - Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah
- Tn. Hj. Musa bin Abd Wahab - Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah
Kepada kepimpinan PAS Kawasan Gelang Patah yang baru, kami mengharapkan kerjasama yang sudah sedia terjalin dapat dipereratkan lagi.
Ketua Penerangan
PKR Bahagian Gelang Patah
0 Comments:
Post a Comment