29 April 2009
Pimpinan Parti Keadilan Rakyat diperingkat Bahagian mahupun Negeri harus sedar bahawa menjatuhkan kerajaan umno/bn bukan tugas yang mudah. Penyusunan gerak kerja yang teratur, membimbing ahli tentang gerak kerja pilihanraya dan yang paling penting adalah penubuhan cawangan2 yang aktif di dalam bahagian tersebut merupakan salah satu elemen penting dalam gerak kerja mencapai kemenangan.
Adalah amat memalukan jika PKR di sesuatu kawasan DUN atau Parlimen umpama " hidup segan mati tak mahu" namun bila tiba musim pilihanraya mahu bertanding di kawasan tersebut. Apa perasaan parti komponen dalam PR yang lain...?? Mereka yang sejak dari dulu lagi mendominasi kawasan tersebut dengan program2 serta gerak kerjanya, namun bila tiba pilihanraya PKR pula yang bertanding.
Tidak salah jika Presiden parti mensyaratkan bahawa jika PKR Bahagian mahu bertanding disesebuah kawasan, paling kurang 5 cawangan aktif telah berjaya ditubuhkan dikawasan tersebut. Syarat ini secara langsung mendesak setiap Ketua2 Bahagian atau mereka2 yang berniat untuk bertanding membuat kerja yang lebih keras dan gigih.
Mungkin persoalan2 dibawah ini "bisa" menyedarkan Ketua2 Bahagian yang masih lena dibuai mimpi dan mengharapkan "tsunami" pada PRU-13 nanti... :-
- Siapakah calon pada PRU-12 yang masih aktif berkhidmat dikawasannya walaupun tewas??? Adakah kita mencontohi rakan2 kita dari DAP dan PAS...???
- Sudah lengkapkah Oragnisasi Wanita, AMK dan Bahagian masing2..???
- Selepas PRU-12, berapa cawangankah yang berjaya kita wujudkan..???
- Berapa kalikah kita turun ke kampung2 atau ke taman bertemu masyarakat..???
- Sudah lengkapkah data2 mengenai pengundi di kawasan kita...???
- Sudah dibuatkah "Post Moterm" kekuatan dan kelemahan kawasan kita...???
- Sudah tetapkah sasaran dan stratergi untuk mencapai kemenangan..???
- Sudah terlaksanakah segala perancangan yang telah ditetapkan...??
0 Comments:
Post a Comment