MUFTI PERAK PEMBOHONG????

08 June 2009

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang mendedahkan bahawa Mufti Perak, Datuk Seri Harusaini Zakaria telah menjadi barua Umno untuk memujuk PAS supaya membentuk kerajaan bersama-sama Barisan Nasional (BN) itu di Perak beberapa hari selepas Kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk.

Menurut Ustaz Ahmad, Mufti Perak itu juga cuba memperdayakannya supaya mempersetujui pembentukan kerajaan apabila beliau menipu Ustaz Ahmad kononnya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersetujui pembentukan kerajaan dengan Umno itu.

Tetapi, Ustaz Ahmad yang lebih mengenali Mursyidul Am PAS berbanding mufti pembohong itu menyatakan beliau tahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak mungkin bersetuju dengan pembentukan kerajaan sedemikian.

Inikah sikap mufti yang perlu kita hormati. Seseorang ulamak perlu berani berkata benar walaupun pahit bukan mengikut telujuk pihak tertentu yang berkepentingan.

Saya mencabar agar DS Harussaini mengambil tindakan undang2 jika kenyataan Ustaz Ahmad Awang ini dusta.

KEGIATAN AH LONG PERLU DIBENTERAS - HISHAMUDDIN

05 June 2009

Kegiatan Ah long akan dibanteras sehabis-habisnya kerana ia bukan lagi hanya berkisar kepada aktiviti peminjaman wang tetapi berkait dengan jenayah seperti pengedaran dadah, pelacuran dan samseng, demikian kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sewajarnya beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri mengambil langkah segera memerangi kegiatan Ah Long yang semakin mengganas kebelakangan ini bukan memancing pemikiran rakyat dengan perkataan "akan bertindak". Tindakan serta merta perlu diambil demi untuk rakyat dan mengambil langkah perlu untuk mempermudahkan peniaga2 kecil/sederhana mendapat pinjaman bank demi mengelakkan mereka2 ini meminjam dengan ceti2 haram @ Ah long.

Beliau juga sedar bahawa isu itu sudah berada pada tahap yang amat serius dan membimbangkan, seharusnya segera mengarahkan pihak polis akan terus bertindak tegas bagi menyekat kegiatan Ah long daripada terus berleluasa.

PKR Gelang Patah juga mahukan Hishamuddin bertindak tegas terhadap Kumpulan Samseng @ Gangster yang telah lama berakar umbi di Negeri Johor ini. Kejadian pergaduhan yang berlaku di Pekan Nanas bulan lepas wajar diselidiki apabila ada pihak mendakwa bahawa "balai polis Pekan Nanas sudah kena beli". Jika benar seperti yang didakwa oleh penduduk setempat, ia sebenarnya sudah cukup memalukan dan mencemarkan kreadibiliti pihak Polis. Penduduk setempat juga mendakwa bahawa beberapa pegawai Polis Pekan Nanas telahpun ditukar selepas berlakunya pergaduhan tersebut menguatkan lagi dakwaan mereka bahawa ada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berlaku di Balai Polis Pekan Nanas.

REAKSI CALON YANG TEWAS

01 June 2009

BERIKUT ialah reaksi kesemua calon Bebas yang tewas dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti.

AMINAH ABDULAH (BEBAS)

"Kak Min (Aminah) menerima keputusan ini dengan hati terbuka, Kak Min sedikit pun tak rasa kecewa dengan keputusan ini.

"Bagi Kak Min, keputusan ini ialah seperti kalah dalam kemenangan... Kak Min menang kerana berjaya mengurangkan peratusan undi yang dimenangi oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat).

"Bagi Kak Min, jumlah orang keluar mengundi yang kecil ini ialah kerana penyokong Umno tidak keluar mengundi.

"Insya-Allah Kak Min akan cuba lagi pada masa-masa akan datang jika dipanjangkan umur, jumlah undi yang Kak Min terima pun taklah kecil sangat, nampaknya ada juga yang menyokong Kak Min."

NAI KHAN ARI (BEBAS)

"Saya tidaklah terlalu kecewa, tapi saya rasa sedikit kecewa kerana kalah di kampung saya sendiri iaitu di peti undi Telok Wang dan Sungai Lembu.

"Walau bagaimanapun saya menerima keputusan ini kerana pengundi telah membuat keputusan mereka untuk memilih pemimpin.

"Saya harap kepada Mansor (Othman) yang menang supaya dapat membantu rakyat dengan menumpukan kepada pembangunan di Penanti.

"Kalau ada peluang nanti, mungkin saya akan mencuba nasib pada masa yang lain, tapi matlamat saya ialah untuk membantu rakyat."

KAMARUL RAMIZU IDRIS (BEBAS)

"Nampaknya dari jumlah undi yang saya dapat, jelas menunjukkan masyarakat di sini menolak konsep keimanan yang ingin saya bawa.

"Mereka lebih mahukan pembangunan yang dijanjikan oleh calon-calon lain... bagaimanapun saya tidak akan berputus asa dengan matlamat saya untuk menubuhkan Parti Iman SeMalaysia.

"Ini adalah kekalahan saya kali kedua selepas Parlimen Bukit Gantang, saya terima keputusan ini dengan hati terbuka tanpa rasa kecewa."

PRK DUN PENANTI : TAHNIAH DR. MANSOR

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YAB Lim Guan Eng
turut meraikan kemenangan Dr. Mansor


Sekalung Tahniah kepada Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti semalam dan akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I negeri itu Rabu ini. Ia diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.

YAB Lim Guan Eng turut mengucapkan tahniah kepada Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat. Malah kemenangan Dr. Mansor itu turut dinyatakan oleh Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Dr. Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Kami warga Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah mengucapkan "Tahniah" kepada YB Dr. Mansor Othman. Teruskan perjuangan membela nasib rakyat.

CERAMAH PERDANA : DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

27 May 2009

Tanggal 25 Mei 09 akan menjadi kenangan kepada Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah apabila menjadi tuan rumah kepada Ceramah Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sejak diberikan tanggungjawab sebagai Bahagian yang bertanggungjawab menguruskan ceramah tersebut, semua AJK Bahagian, AMK dan Wanita Bahagian Gelang Patah serta bantuan dari AMK Pasir Gudang, AMK Bahagian Tenggara serta AMK Simpang Renggam pula membantu dari segi logistik, telah bergabung tenaga, bertungkus lumus membuat persiapan ceramah termasuk promosi. Edaran "handbill" sebanyak 35,000 helai telah di edarkan diseluruh Parlimen Gelang Patah, Johor Bahru, Senai, Pasir Gudang dan Tenggara. Terima kasih kepada Timbalan Ketua AMK Bahagian Tenggara, Sdr. Zainal yang mana beliau bersama 4 AJK AMK Tenggara telah bersama-sama mengedarkan "handbill" sehingga ke jam 2 pagi.



Begitu juga ucapan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Zulkifli Ahmad (Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah) yang mengizinkan kami menggunakan Dewan Ar-Razi sebagai tempat Ceramah tersebut. Bantuan dari Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah kami amat2 menghargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.




Walaupun saya terpaksa berhadapan dengan pihak Polis yang pada mulanya tidak membenarkan kami meneruskan program ceramah tersebut, namun setelah saya dan Sdr. Azlan (Ketua AMK Gelang Patah) berbincang dan menerangkan keadaan sebenar, Alhamdulillah OCPD Johor Bahru Utara akhirnya telah membenarkan dengan syarat penceramah mesti berada di dalam bangunan. Khemah dan pentas yang telah tersergam gagah dan indah terpaksa dibiarkan kosong.




Perasaan kecewa kami yang terpaksa akur dengan kehendak pihak Polis akhirnya terubat dengan kehadiran kira-kira 7,000 orang. Penat jerih kami akhirnya terbalas dengan kehadiran penyokong PR yang terpaksa melalui laluan getir disebabkan "road block" yang merata. Saya percaya sekiranya tiada sekatan jalanraya, berkemungkinan lebih dari 10,000 orang akan hadir ke ceramah tersebut. Turut kelihatan beberapa orang ahli UMNO yang cukup popular di Gelang Patah dan ada yang menyuarakan hasrat untuk menyertai PKR.




Saya selaku Pengarah Program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) Johor (Tn. Hj. Mohd Annuar Salleh), Timbalan PPN Johor (Tn. Hj. Halim Dawam), Setiausaha PPN Johor (Pak Ngah), Ketua Bahagian Gelang Patah (Dr. Zaliha Mustaffa.. tetap memberi idea walaupun bercuti), Pemangku Ketua Bahagian Gelang Patah (En. Abd. Manan Othman.. U're the best), Roslee (Setiausaha Bahagian), Ketua AMK Bahagian Gelang Patah (Azlan Ishak.. U're the great leader), Timb. Ketua AMK Gelang Patah (Azman Idris.. Totok), Naib Ketua AMK Gelang Patah (Ramli Ahmad.. yang berjaya mengelirukan pihak lawan), Yusree Abd Hamid, Pengerusi Tetap AMK Gelang Patah (Zainal Helmi.. Jangan takut mahluk), Ketua Penerangan (Zulkaria Ali), Penolong Setiausaha AMK (Amir), Zainal, Saiful, Aidil, Ping, Chong, Hasbullah,Naim, Azman, Uncle Bala, Kapten Malik, Dewi, (Ketua AMK Pasir Gudang) Nor Hadi dan AJKnya, Timb. Ketua Bahagian Pasir Gudang (Abg. Shukor) dan AJKnya, Ketua AMK dan Timb. Ketua AMK Tenggara (Arbain dan Zainal) serta AJKnya, Sdr. Faizul Abd Ghani (Timb. Ketua AMK Johor) serta AJK AMK Simpang Renggam, Teman2 dari PAS dan DAP dan sesiapa juga yang membantu menjayakan program ini. (Minta maaf jika saya tidak menyebut nama anda.....).

Kepada Ketua AMK Johor, Sdr. Zabidi Abas... Terima kasih atas kepercayaan Sdr. kepada saya. Terima kasih banyak. Kepada teman2... Ayuh.. kita terus memperkukuhkan "team" kita. Insya-ALLAH, jika kita ikhlas dalam perjuangan pasti Allah akan memberikan kejayaan kepada kita. Ayuh... Kita teruskan perjuangan kita.

Mohd Nazri Ismail
Pengarah Program AMK Johor

PROGRAM YB. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE JOHOR

25 May 2009


Sempena kedatangan/lawatan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Johor, saya selaku Pemangku Ketua Bahagian PKR Gelang Patah dimana Ceramah Perdana beliau akan diadakan di Taman Universiti, Skudai mengalu-alukan kedatangan seluruh warga Johor ke ceramah tersebut pada 25 Mei 09. Majlis akan bermula pada jam 9.00malam.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Johor, Tn. Hj. Mohd Annuar bin Hj. Salleh, wakil PAS Negeri Johor, Tn. Hj. Dzulkifli bin Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya (II) Negeri Johor), YB Dr. Boo Cheng Hau (Pengerusi DAP Johor/ADUN Sekudai), YB Amiruddin b. Shari (ADUN Batu Caves), Sdr. Shamsul Iskandar bin Mohd Akhin (Ketua AMK Malaysia) dan Sdr Mustaffa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR).

Ceramah tersebut akan dipengerusikan oleh Sdr. Zulkaria bin Ali (Ketua Penerangan PKR Bahagian Gelang Patah).

Insya-ALLAH dengan komitmen yang diberikan oleh petugas2 terutama dari AJK AMK dan AJK Bahagian Gelang Patah sedari mula diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi program ini, saya mengucapkan terima kasih.

Sekali lagi saya mengajak seluruh warga Johor yang cintakan semangat perpaduan, keADILan dan demokrasi sebenar agar datang beramai-ramai ke ceramah ini.

Abdul Manan Othman
Pemangku Ketua Bahagian
PKR Bahagian Gelang Patah

CERAMAH PERDANA : DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

21 May 2009

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim akan mengadakan siri lawatan kerja ke Johor pada
25 Mei 2009. Pada sebelah malam beliau akan mengadakan Ceramah Perdana di Gelang Patah dan butiran mengenai ceramah adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 Mei 2009 (Isnin)
Masa : 09.00 malam hingga 12.00 tgh malam
Tempat : Dewan Ar-Radzi
31 Jalan Kebudayaan 10
Taman Universiti
Skudai, Johor.

Seluruh rakyat Johor di jemput hadir ke ceramah tersebut.

Abdul Manan Othman
Pemangku Ketua Bahagian
PKR Bahagian Gelang Patah

MESYUARAT PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH

14 May 2009


Mesyuarat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 20 Mei 09 (Rabu)
Masa : 08.30 malam
Tempat : Pejabat DAP, Taman Orkid, Skudai, Johor.

Sehubungan dengan itu Ketua Bahagian, Ketua AMK Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian dan Setiausaha Bahagian diminta hadir ke mesyuarat tersebut.

Abdul Manan bin Othman
Pemangku Ketua Bahagian
PKR Bahagian Gelang Patah

KURSUS STRATEGIK PILIHANRAYA DITANGGUHKAN

Saketeriat Kursus Strategik Pilihanraya mengambil keputusan untuk menangguhkan kursus tersebut berikutan Dr. Zaliha yang merupakan Fasilitator Utama kursus ini diserang demam denggi dan keadaan beliau sekarang ini masih lemah.

Sehubungan dengan itu, kursus tersebut akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 24 Mei 2009
Masa : 09am hingga 05pm
Tempat : Pejabat PKR Negeri
Taman Teratai, Skudai, Johor.

Pihak saketeriat memohon ribuan ampun dan maaf diatas penangguhan ini.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Dr. Zaliha segera sembuh seperti sediakala.

BELUM BERJUANG DAH MENGAKU KALAH... BACUL BETUL

"Pilihanraya semula.. BN akan KALAH"


Mantan Perdana Menteri yang mungkin masih waras lagi dan belum diserang penyakit nyanyuk mengatakan dengan terang dan jelas bahawa tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.

Mantan Perdana Menteri ini yang dulunya popular dengan sajak "Perjuangan Belum Selesai", namun inikah lagak pejuang Umno...??? Inilah adalah contoh pejuang Umno yang "bacul" dan mungkin Najib dan pimpinan Umno sekarang mewarisi "kebaculannya".

Menang atau kalah itu adat perlawanan namun yang penting adalah rakyat Perak wajar diberi peluang untuk memilih siapakah yang layak mentadbir Negeri mereka. Jika mereka memilih BN maka Pakatan Rakyat mesti akur dengan keputusan tersebut namun jika berlaku sebaliknya, hakikat itu harus ditelan oleh BN walaupun pahit.