KERAJAAN PERPADUAN : NIK AZIZ BAGI KATA DUA PADA TIMB. PRESIDEN PAS

17 June 2009

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kata dua kepada Timbalan Presiden PAS, Utz. Nasharudin Mat Isa agar meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin berbicara tentang kerajaan perpaduan.


Tuan Guru Nik Aziz juga menjelaskan bahawa isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada tapi adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

Beliau juga menegaskan jika benar Nasharuddin mahu meneruskan agenda kerajaan perpaduan, beliau menggesa Nasharuddin masuk Umno dan letak jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok. Menteri Besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Bharu hari ini.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini adalah yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno". Malahan beliau juga menyatakan perasaan kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut pada pilihanraya umum 2008.

Jelas dengan isu ini PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali pula menegaskan perbincangan mengenai Kerajaan Perpaduan mesti melibatkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sebagai syarat baru untuk Najib jika mahu membincangkan isu Kerajaan Perpaduan.

1 Comment:

Suara Anak Muda said...

salam,apa yang Tuan Guru Nik Aziz cakap memang benar.Saya seorang ahli PKR tetapi sejak dari kecil saya mengikuti perkembangan pemimpin PAS..dan sejarah memali masih mekar di otak saya,Nasha memang sepatutnya keluar dari PAS pemimpin bangang dan buta sejarah macam nasha tidak patut berada di dalam PAS!!! Jika engkau nasha masih mahu meneruskan agenda bangang kau tu lebih baik dengan segera keluar dari PAS!!!