DR. MANSOR OTHMAN - CALUN DUN N 12 PENANTI

29 April 2009


Dr. Mansor Othman malam tadi diumum sebagai calon KeADILan Dewan Undangan Negeri N12 Penanti, Pulau Pinang pada Pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 mei 2009. Pengumuman dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman, Penanti. Turut hadir dalam pengumuman itu ialah Presiden PKR, Seri Wan Azizah, YAB Sdr. Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan bekas ADUN Penanti dan juga Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Sdr. Mohammad Fairus Khairuddin.

Selain mempunyai penglaman luas dalam bidang akademik dan penyelidikan, Dr Mansor 59 tahun, pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sains Politik dari Universiti Yale, Amerika dan Sains Kemasyarakatan di USM serta pernah berkhidmat lebih 20 tahun sebagai Prof Madya dan Dekan Pusat Penyelidikan Dasar USM, adalah Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang yang pertama, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (2006-2008) dan ahli MPT.

0 Comments: