BILA AKHBAR LUAR NEGARA KUTUK NAJIB

24 April 2009

Bila mana Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap kepimpinan baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design" sewajarnya beliau meneliti apa yang diperkatakan oleh Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri.

Seandainya Najib membersihkan dan menjawap segala persoalan berkaitan skandal yang berkaitan dengan dirinya sebelum beliau menaiki takhta Perdana Menteri, pasti isu media asing memburuk-burukan nama Najib tidak akan timbul. Yang pasti sekarang Najib harus menjawap persoalan2 yang mengaitkan nama beliau dan secara tidak langsung dalam sejarah negara Perdana menteri yang baru dilantik dikaitan dengan pelbagai skandal. Keperibadian Najib juga adalah cerminan imej Malaysia.

Sehingga sekarang Najib masih belum menjawab Wartawan akhbar Perancis, Liberation, Arnaud Dubus yang mendakwa Najib terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya. Begitu juga dengan skandal pembelian eurokopter, kapal selam dan beberapa kes lagi.

Perlu diingat bahawa kekuatan media amat ampuh. "Mata pena lebih tajam dari mata pedang". Apakah dunia luar akan mempercayai kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, sedangkan segala tuduhan berkaitan Najib tidak dinafikan secara kosisten dan Najib juga harus berani membersihkan dirinya dari semua tuduhan termasuk mereka yang mendakwa diheret ke mahkamah. Selagi Najib diam seribu bahasa "Selagi Itu Maruah Malaysia Tercemar Kerana Dipimpin Oleh Perdana Menteri Yang Penuh Dengan Skandal"

0 Comments: