PERBINCANGAN MENGENAI KURSUS "GERAK KERJA KE ARAH PILIHANRAYA

30 April 2009

29 April 09 - Malam tadi beberapa AJK AMK, Wanita dan PKR Bahagian Gelang Patah membincangkan beberapa perkara khusus mengenai kursus "Gerak kerja ke arah Pilihanraya" (Siri 1). Walaupun pada malam tadi perbincangan hanya berkisar tentang modul dan bahan kursus namun amat jelas sekali bahawa banyak perkara yang harus kita pelajari dan tahu apakah yang perlu kita lakukan sebelum dan semasa pilihanraya. Saya berpendapat bahawa kursus yang bakal diadakan pada 17 Mei 09 (Ahad) nanti amat2 berguna dalam gerak kerja parti yang selama ini mungkin gerka kerja yang kita lakukan hanyalah sekadar "copy and paste" dari gerak kerja yang terdahulu tanpa matlamat yang jelas. Walaupun kursus siri 1 ini bersifat "basic", namun saya yakin dan percaya selepas kursus ini gerak kerja kita lebih kemas, teratur dan berkualiti.

Saya selaku Pemangku Ketua Bahagian menyeru dan mengharapkan ahli2 Parti Keadilan Rakyat di Parlimen Gelang Patah menyertai kursus ini. Bagi AJK AMK, Wanita dan PKR Bahagian, penyertaan anda adalah DIWAJIBKAN. Tempat adalah amat2 terhad.

Salam Reformasi

Abdul Manan Othman
Pemangku Ketua Bahagian
PKR Bahagian Gelang Patah

MEMPERKASAKAN PARTI

29 April 2009

Dalam sidang pimpinan bulanan di ibu pejabat hari ini, saya menekankan semula halatuju perjuagan parti -menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.
Untuk maksud tersebut, saya mengemukakan usul mengikut urutan keutamaan yang wajar dilaksanakan segera oleh pimpinan parti.

Pertamanya agar Presiden (Dr. Wan Azizah) memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.

Kedua: Timbalan Presiden (Dr Syed Husin Ali) menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan dan dasar yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat melayu dan bumiputra perlu ditangani.

Ketiga: Naib Presiden (Sdr Azmin Ali) yang melepaskan tugas selaku pengarah pilihanraya akan mengetuai pasukan pertugas yang terdiri dikalangan semua Naib presiden (Dr Lee Boon Chye, Sdr Sivarasa Rasiah, Sdr Mustafa Kamil Ayub, Dr Jeffrey Kitingan) bersama Ketua AMK (Sdr. Shamsul Iskandar dan Ketua Wanita(YB Zuraidah) untuk memperkasa kepimpinan parti diperingkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah mempastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.

Keempat: Setiausaha Agung (Dato Salehuddin) akan mengurus operasi ibu pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.

Lain-lain perubahan adalah:

Pengarah Pilihanraya: Sdr. Saifuddin Nasution
Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah Saleh
(keanggotaan baru)- Sdr Johari Abdul
Pengarah Strategik: Sdr.Tian Chua
Pengerusi Jawatankuasa Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil Ayob.
Timbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong

Ketua Penerangan: Latheefa Koya
Ketua Komunikasi : Johnson Chong
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan.

Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim
Sdr Paul Gadang
YB Raveen
Sharifah Shaheedah

Pimpinan biro kanan selaku anggota biro politik (dijemput): Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, Sdr Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.

Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, Gobalakrishnan dan lain-lain.

ANWAR IBRAHIM

SYARAT PKR UNTUK BERTANDING

Pimpinan Parti Keadilan Rakyat diperingkat Bahagian mahupun Negeri harus sedar bahawa menjatuhkan kerajaan umno/bn bukan tugas yang mudah. Penyusunan gerak kerja yang teratur, membimbing ahli tentang gerak kerja pilihanraya dan yang paling penting adalah penubuhan cawangan2 yang aktif di dalam bahagian tersebut merupakan salah satu elemen penting dalam gerak kerja mencapai kemenangan.

Adalah amat memalukan jika PKR di sesuatu kawasan DUN atau Parlimen umpama " hidup segan mati tak mahu" namun bila tiba musim pilihanraya mahu bertanding di kawasan tersebut. Apa perasaan parti komponen dalam PR yang lain...?? Mereka yang sejak dari dulu lagi mendominasi kawasan tersebut dengan program2 serta gerak kerjanya, namun bila tiba pilihanraya PKR pula yang bertanding.

Tidak salah jika Presiden parti mensyaratkan bahawa jika PKR Bahagian mahu bertanding disesebuah kawasan, paling kurang 5 cawangan aktif telah berjaya ditubuhkan dikawasan tersebut. Syarat ini secara langsung mendesak setiap Ketua2 Bahagian atau mereka2 yang berniat untuk bertanding membuat kerja yang lebih keras dan gigih.

Mungkin persoalan2 dibawah ini "bisa" menyedarkan Ketua2 Bahagian yang masih lena dibuai mimpi dan mengharapkan "tsunami" pada PRU-13 nanti... :-

  1. Siapakah calon pada PRU-12 yang masih aktif berkhidmat dikawasannya walaupun tewas??? Adakah kita mencontohi rakan2 kita dari DAP dan PAS...???
  2. Sudah lengkapkah Oragnisasi Wanita, AMK dan Bahagian masing2..???
  3. Selepas PRU-12, berapa cawangankah yang berjaya kita wujudkan..???
  4. Berapa kalikah kita turun ke kampung2 atau ke taman bertemu masyarakat..???
  5. Sudah lengkapkah data2 mengenai pengundi di kawasan kita...???
  6. Sudah dibuatkah "Post Moterm" kekuatan dan kelemahan kawasan kita...???
  7. Sudah tetapkah sasaran dan stratergi untuk mencapai kemenangan..???
  8. Sudah terlaksanakah segala perancangan yang telah ditetapkan...??
Janganlah adanya sentimen kepentingan peribadi yang mengatasi prinsip parti dan nilai diri. Perlu diingat bahawa politik mestilah berpaksikan prinsip dan bersendikan nilai. Kita perlu fokus bahawa sasaran kita adalah Umno/BN bukan rakan seperjuangan. Kita mahu menjatuhkan lawan bukan kawan. Paling penting Ketua Bahagian/AMK dan Wanita perlu ada pengisian terhadap tugasan dan rasa tanggungjawab pada jawatan. Bukan berseronok dan bermegah dengan jawatan yang dipegang. Jika tidak mampu memikul dan melaksanakan tanggungjawab, adalah lebih mulia jika berundur sebelum ahli bawahan menolak kamu keluar.

DR. MANSOR OTHMAN - CALUN DUN N 12 PENANTI


Dr. Mansor Othman malam tadi diumum sebagai calon KeADILan Dewan Undangan Negeri N12 Penanti, Pulau Pinang pada Pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 mei 2009. Pengumuman dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman, Penanti. Turut hadir dalam pengumuman itu ialah Presiden PKR, Seri Wan Azizah, YAB Sdr. Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan bekas ADUN Penanti dan juga Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Sdr. Mohammad Fairus Khairuddin.

Selain mempunyai penglaman luas dalam bidang akademik dan penyelidikan, Dr Mansor 59 tahun, pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sains Politik dari Universiti Yale, Amerika dan Sains Kemasyarakatan di USM serta pernah berkhidmat lebih 20 tahun sebagai Prof Madya dan Dekan Pusat Penyelidikan Dasar USM, adalah Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang yang pertama, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (2006-2008) dan ahli MPT.

TAHNIAH UNTUK KEPIMPINAN PAS KAWASAN GELANG PATAH

Pada 25 April 2009 (Ahad), Parti Islam seMalaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Gelang Patah kali ke-14 di Dewan Orang Ramai Taman Sri Pulai yang dirasmikan oleh YB Dato' Mahfuz bin Omar merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat.

Pemangku Ketua Bahagian, En. Abdul Manan b. Othman bersama Pen. Setiausaha PKR Bhgn. Gelang Patah Sdr. Mohamad Nazri b. Ismail serta AJK PKR Bhgn. Gelang Patah En. Ramli b. Radam mewakili Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah ke Perasmian Mesyuarat tersebut.

Sekalung Tahniah dari kami Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah kepada kepimpinan baru PAS Kawasan Gelang Patah iaitu :-

  • Tn. Hj. Zulkifli bin Ahmad - Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah
  • Ustaz Sallehuddin bin Dahiran - Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah
  • Tn. Hj. Musa bin Abd Wahab - Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah
Kepada Ustaz Md Shah bin Lamat (Bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah), kami ucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama ini. Ustaz Md Shah akan berpindah ke Machap atas urusan keluarga.

Kepada kepimpinan PAS Kawasan Gelang Patah yang baru, kami mengharapkan kerjasama yang sudah sedia terjalin dapat dipereratkan lagi.

Ketua Penerangan
PKR Bahagian Gelang Patah

PERANAN BLOG

Jika peranan bloggers selama ini menjadi faktor kepada kecemerlangan pencapaian Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 dan juga beberapa pilihanraya kecil, maka semua parti dalam Pakatan Rakyat perlu mewujudkan blog masing2 diperingkat cawangan, bahagian mahupun negeri. Kekurangan maklumat dari setiap Bahagian menyukarkan penyaluran maklumat kepada masyarakat yang selama ini bergantung kepada akhbar harian milik BN. Kebergantungan kepada Suara Keadilan, Harakah, Wasilah dan lain2 hanya untuk berita yang umum sahaja. Kekurangan wartawan adalah punca permasalahan rakyat diceruk-ceruk kampung tidak terbela. Bahkan peranan ahli2 serta penyokong2 Pakatan Rakyat hanya bersikap tunggu dan lihat.

Angkatan Muda Keadilan Bhgn. Gelang Patah dalam usaha memperkukuhkan lagi kesepakatan Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah dan dalam usaha mengambil pendekatan "PEDULI RAKYAT" seperti yang sering disebut oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengadakan perbincangan dengan Saketeriat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah bagi mewujudkan satu Laman Blog Khas Pakatan Rakyat khusus untuk isu2 sekitar Parlimen Gelang Patah termasuk 2 DUN dibawahnya iaitu DUN Nusajaya dan DUN Skudai. Blog ini akan berperanan sebagai media alternatif rakyat di Parlimen Gelang Patah menyuarakan permasalahan dan ketidakpuashatian mereka. Selain dari itu, Blog ini juga akan bertindak sebagai pemaklum setiap aktiviti Pakatan Rakyat di Parlimen Gelang Patah.

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar kerjasama dan idea AMK Bhgn. Gelang Patah dalam usaha menawan Parlimen Gelang Patah dan DUN Nusajaya serta mengekalkan kemenangan di DUN Skudai ini, dapat diperbincangkan dengan lebih lanjut diperingkat Pakatan Rakyat Negeri dan seterusnya diselaraskan serta dilaksanakan disetiap Bahagian. Ini amat penting jika kita mahu menawan negeri Johor daripada pemerintahan haprak Umno/BN.

Dipetik dari amkgelangpatah.blogspot.com

PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI

27 April 2009



Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah pun mengumumkan bahawa pada tarikh 23 Mei 2009 adalah hari Penamaan Calon dan pada tarikh 31 Mei 2009 adalah hari Pembuangan Undi bagi Pilihanraya Kecil DUN Penanti.

PRK DUN Penanti akan menjadi salah satu Agenda Mesyuarat PKR Bahagian Gelang Patah yang akan bermesyuarat 10 Mei nanti.

Abdul Manan Othman
Pemangku Ketua Bahagian
PKR Bahagian Gelang Patah

BILA AKHBAR LUAR NEGARA KUTUK NAJIB

24 April 2009

Bila mana Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap kepimpinan baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design" sewajarnya beliau meneliti apa yang diperkatakan oleh Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri.

Seandainya Najib membersihkan dan menjawap segala persoalan berkaitan skandal yang berkaitan dengan dirinya sebelum beliau menaiki takhta Perdana Menteri, pasti isu media asing memburuk-burukan nama Najib tidak akan timbul. Yang pasti sekarang Najib harus menjawap persoalan2 yang mengaitkan nama beliau dan secara tidak langsung dalam sejarah negara Perdana menteri yang baru dilantik dikaitan dengan pelbagai skandal. Keperibadian Najib juga adalah cerminan imej Malaysia.

Sehingga sekarang Najib masih belum menjawab Wartawan akhbar Perancis, Liberation, Arnaud Dubus yang mendakwa Najib terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya. Begitu juga dengan skandal pembelian eurokopter, kapal selam dan beberapa kes lagi.

Perlu diingat bahawa kekuatan media amat ampuh. "Mata pena lebih tajam dari mata pedang". Apakah dunia luar akan mempercayai kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, sedangkan segala tuduhan berkaitan Najib tidak dinafikan secara kosisten dan Najib juga harus berani membersihkan dirinya dari semua tuduhan termasuk mereka yang mendakwa diheret ke mahkamah. Selagi Najib diam seribu bahasa "Selagi Itu Maruah Malaysia Tercemar Kerana Dipimpin Oleh Perdana Menteri Yang Penuh Dengan Skandal"

KURSUS STRATEGIK PILIHANRAYA

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah akan mengadakan Kursus Strategik Pilihanraya bagi mempersiapkan dan memperkemaskan jentera pilihanraya PKR Peringkat Parlimen Gelang Patah. Maklumat mengenai kursus tersebut adalah seperti berikut :-

Tarikh : 17 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 09.00pagi - 04.00petang
Tempat : Pejabat PKR Taman Teratai
(Tempat duduk adalah terhad)

Kursus ini adalah percuma. Setiap ahli PKR yang berdaftar adalah dialu-alukan untuk menyertai kursus tersebut manakala Ahli Jawantankuasa PKR Bahagian Gelang Patah, AMK Bahagian Gelang Patah dan Wanita Bahagian Gelang Patah adalah diwajibkan hadir.

Sebarang pertanyaan dan penyertaan bolehlah menghubungi pihak Saketeriat di 017-7358397 (Nazri).

MENTERI BESAR JOHOR : KEKALKAH GHANI OTHMAN

23 April 2009

Ura2 bahawa beberapa Negeri berkemungkinan akan berlaku rombakan Menteri Besar telah mula kedengaran. Johor tidak terkecuali. Ghani Othman tidak terkecuali berada dalam senarai Menteri Besar yang akan bakal ditukar. Manakala Dr. Adham Baba, Ir. Hasni Muhammad dan tidak ketinggalan ADUN Nusajaya Datuk Aziz Sapian sudah boleh berkira2 atau melobi untuk dipilih sebagai Menteri Besar Johor yang baru.

PKR Gelang Patah ada menerima beberapa borang keahlian baru PKR dari bekas2 ahli UMNO namun ianya perlukan penapisan dan siasatan agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.

PRK DUN PENANTI : SAIFUL MUNCUL LAGI

Saiful dan Pilihanraya Kecil dirasakan begitu sinonim apabila ada sahaja ura2 pilihanraya kecil berlaku maka pada masa sekitar itulah Saiful Bukhari Azlan akan muncul dengan isu2 hapraknya. Hari ini beliau menfailkan samannya terhadap Pahang Daily kerana menyiarkan berita mengatakan bahawa Saiful telah mengalami penyakit ganjil akibat sumpah 'lakhnat'nya.

Sebelum ini Cucu Mat Kilau disiasat oleh pihak Polis berhubung kes penyiaran berita penyakit ganjil yang dialami oleh Saiful. Cucu Mat Kilau menafikan yang beliau adalah individu yang menyiarkan berita itu.

Saiful.... Saifull....

MAKLUMAN

Berikutan adanya pihak yang menggunakan nama Parti Keadilan Rakyat untuk tujuan tertentu dan kemudian program tersebut gagal diadakan maka bermula dari hari ini semua AJK AMK, Wanita atau Bahagian PKR Gelang Patah adalah diminta untuk memaklumkan kepada Ketua Bahagian jika ingin mengadakan apa juga bentuk program bagi diperbincangkan dan diperhalusi dengan lebih lanjut.

Sehubungan dengan itu, sebarang aktiviti yang melibatkan Parti Keadilan Rakyat di Parlimen Gelang Patah samada program tersebut anjuran Cawangan, NGO dan mana2 pihak sekalipun, Ketua Bahagian perlulah dimaklumkan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan dan tuntutan dari pihak tertentu yang boleh mencemarkan nama Parti dan Pimpinan Parti.

Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Gelang Patah

MESYUARAT AJK PKR BAHAGIAN GELANG PATAH

Untuk makluman Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 10 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 08.45malam
Tempat : Pejabat PKR Taman Teratai.

Semua AJK adalah diwajibkan hadir.

Sekian untuk makluman.

Abdul Manan b. Othman
Pemangku Ketua PKR Bahagian
Bahagian Gelang Patah
019-7122729