PENYERAHAN MEMORANDUM

25 June 2009

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mengetuai satu Penyerahan Memorandum bagi mendesak pertuduhan liwat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim digurgurkan. Memorandum itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin. Penyerahan akan dibuat pada 26 Jun 2009 jam 11.ooam bertempat di Blok C3, Komplek C, Putrajaya. Sdr. Shamsul juga menyeru kepada orang ramai agar hadir beramai-ramai tanda sokongan.

Ketua Penerangan
AMK Cabang Gelang Patah

PKR JOHOR : HAKIKAT YANG HARUS DITELAN

22 June 2009

Parti Keadilan Rakyat Negeri Perlis semakin menampakkan kemajuan apabila sejumlah 21 Ranting parti telah dibuka di 3 Cabang dalam negeri itu. Perkembangan positif ini nyata memberi impak yang besar kepada kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Dr. Md Isa Sabu walaupun ianya dinafikan oleh beberapa kepimpinan Umno Perlis.

Namun sebaliknya yang berlaku di Johor yang mana prestasi PKR di negeri ini belum boleh lagi dibanggakan malahan boleh dikatakan tiada apapun yang mampu mengugat kepimpinan Umno/Bn. Kehadiran Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru belum mampu menyuntik semangat juang didalam setiap EXCO Perhubungan Negeri yang telah dipilih. Jika ada sesuatu isu yang timbul di Negeri Johor, peranan PKR hanyalah separuh jalan. Tidak konsisten bahkan adakalanya Pimpinan Negeri bertelagah sesama sendiri.

Walaupun berlakunya "tsunami politik" dalam PRU-12 yang lalu dan beberapa calon PKR hampir2 memenangi kerusi yang ditandingi bahkan calon2 PKR ini kalah tapi bermaruah namun hakikat sebenarnya "KITA KALAH DALAM PRU-12". Apa yang menghairankan, Calon2 atau Ketua2 Cabang PKR seolah-olah masih berbulan madu dibuai dengan kejayaan meraih banyak undi walaupun PRU-12 sebenarnya sudah lebih setahun berlalu. Malahan ada yang terus menyepi diri meninggalkan "jemaah" dengan pelbagai alasan. Jemaah yang ditinggalkan seolah-olah "seperti ayam kehilangan ibu". Beginikah sikap yang harus dicontohi oleh kepimpinan muda.

Sedangkan pimpinan pusat bersungguh mengubal dan meminda Perlembagaan Parti agar ianya dilihat lebih demokratik, lebih telus, lebih segar dan lebih terbuka, namun jika begini sikap kepimpinan yang ada, PKR di Negeri Johor akan terus menyertai Pilihanraya Umum pada masa akan datang dengan iltizam untuk mengelakkan calon kehilangan "deposit" namun bukan untuk mencapai kemenangan.

Kesedaran perlu ada disetiap pemimpin.. Sedarlah.. Amanah Rakyat yang mahukan pembelaan berada dibahu kita yang bergelar pemimpin...

SEDARLAH !!!!!! SEDARLAH !!!!!!! SEDARLAH !!!!!!!
KITA MENCARI KEMENANGAN.........

PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT TOLAK PENUBUHAN KERAJAAN PERPADUAN

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

KERAJAAN PERPADUAN : MENUJU KE ARAH PENYELESAIAN

Isu Kerajaan Perpaduan sudah mula menampakkan bibit-bibit penyelesaian. Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah amat2 berharap kemelut ini dapat diselesaikan segera bagi menyakinkan semula penyokong2 serta pendokong2 kepada Gabungan Pakatan Rakyat yang dilihat mampu mengambil alih Putrajaya dari Kerajaan Barisan Nasional.

Harapan kami agar kerjasama (di peringkat Parlimen/DUN) yang telah terjalin selama ini dapat diperkukuhkan apatah lagi disaat ini Pakatan Rakyat mula diserang oleh propaganda Umno/BN.

Kita berikan keyakinan sepenuhnya kepada Kepimpinan Tertinggi Parti untuk menyelesaikan kemelut ini dengan cara yang ilmiah lagi bijaksana. Sama-sama kita berdoa agar kejayaan sentiasa bersama Pakatan Rakyat.

"Lawan Tetap Lawan"

KERAJAAN PERPADUAN : NIK AZIZ BAGI KATA DUA PADA TIMB. PRESIDEN PAS

17 June 2009

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kata dua kepada Timbalan Presiden PAS, Utz. Nasharudin Mat Isa agar meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin berbicara tentang kerajaan perpaduan.


Tuan Guru Nik Aziz juga menjelaskan bahawa isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada tapi adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

Beliau juga menegaskan jika benar Nasharuddin mahu meneruskan agenda kerajaan perpaduan, beliau menggesa Nasharuddin masuk Umno dan letak jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok. Menteri Besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Bharu hari ini.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini adalah yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno". Malahan beliau juga menyatakan perasaan kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut pada pilihanraya umum 2008.

Jelas dengan isu ini PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali pula menegaskan perbincangan mengenai Kerajaan Perpaduan mesti melibatkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sebagai syarat baru untuk Najib jika mahu membincangkan isu Kerajaan Perpaduan.

KERAJAAN PERPADUAN : PENYOKONG PKR DIMINTA BERTENANG

16 June 2009

Walaupun isu Kerajaan Perpaduan telah dicanang oleh pemimpin2 Umno yang jelas memperlihatkan bahawa Umno dalam keadaan nazak dan memerlukan "talian hayat" bagi memberi harapan kepada Umno untuk terus hidup, penyokong PKR terutamanya di Parlimen Gelang Patah ini bersabar dan bertenang. Sebaliknya kita harus memperlihatkan kematangan kita menangani isu ini. Justeru saya menyeru kepada semua ahli PKR, PAS dan DAP agar kembali memperkukuhkan serta memperkuatkan lagi hubungan juga kerjasama antara kita demi mencapai kemenangan mutlak pada PRU-13 nanti.

Jika kita terus-terusan berselisihan faham antara satu sama lain, fokus kita untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional Johor pada PRU-13 pasti akan gagal.

Kita tinggalkan isu "Kerajaan Perpaduan" ini kepada kepimpinan kita dan kita mesti yakin bahawa kepimpinan kita mampu menyelesaikan kemelut ini.

Ayuh... Kita kembali merapatkan semula hubungan yang mula longgar. Fokuskan kepada matlamat kita untuk menghancurkan Kerajaan Umno/Bn. Isu ini jelas menampakkan kejayaan Umno/Bn untuk mengucar kacirkan kesepakatan Pakatan Rakyat.

ISU CHIN PENG

Bila mana Dato' Seri Anwar Ibrahim memperkatakan isu Chin Peng, maka berpusu-pusulah akhbar dan bloggers yang tidak bermaruah memutarbelitkan isu itu agar pembaca akhbar dan blog berkenaan terpengaruh dengan tulisan dan kenyataan akhbar terbabit. Inilah standard penulisan akhbar arus perdana yang terang2 menjadi pencacai najis Umno/Bn. Langsung tak bermaruah. Isu rakyat yang sepatutnya diketenggahkan agar rakyat dapat menilai kepimpinan pemimpin mereka, dipandang 'enteng' oleh akhbar2 seperti ini.

Anwar jelas dalam kenyataannya memberitahu bahawa atas dasar perikemanusiaan meminta Kerajaan Malaysia menimbangkan agar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia. Chin Peng telahpun berumur dan ingin pulang ke kampung halamannya namun ianya terpulang kepada kerajaan pemerintah. Anwar berkata demikian selepas berakhirnya Kongres Nasional Khas pada Sabtu lalu.

Anwar turut menjelaskan bahawa ketika berada dalam kerajaan dahulu, beberapa pemimpin Umno, termasuk beliau sendiri pernah berkunjung ke China dan bertemu dengan pemimpin Parti Komunis China. Beberapa perjanjian damai dan membawa pulang beberapa tokoh PKM iaitu Shamsiah Fakeh dan beberapa (pemimpin) yang lain.

Merujuk kepada sejarah Islam,ketika pembukaan Mekah, Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Inilah perdamaian.

Anwar menjelaskan pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas "alasan kemanusian" dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme. Walaupun atas dasar kemanusiaan Anwar meminta Kerajaan Malaysia mempertimbangkan hajat Chin Peng, namun ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilpan dan kezaliman yang telah dilakukannya.

Inilah penjelasan sebenar Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai Chin Peng yang telahpun diputarbelitkan oleh media pencacai Umno/Bn.

POLIS PELINDUNG RAKYAT???? BENARKAH AKUAN BERSUMPAH INI

11 June 2009

Berikut adalah akuan bersumpah dari 3 orang Pegawai Polis yang telah mencemarkan nama Ketua Polis Negara dan Polis Diraja Malaysia itu sendiri ;

* salinan Kenyataan bersumpah ASP Hong Kin Hock (G/10990)
* salinan Kenyataan bersumpah ASP Md. Yusof Bin Ahmad (G/10608)
* salinan kenyataan bersumpah Sarjan Mohd. Yasin Bin Malik (RF/89379)

Kenyataan ini perlu dipandang serius apatah lagi dakwaan beberapa Pegawai Tertinggi PDRM terlibat dalam urusan dengan gangster2. Bagaimana keselamatan rakyat yang sepatutnya dilindungi oleh pihak Polis namun Polis pula bersengkongkol dengan gangster2 jahanam ini. Dan lebih menakutkan lagi gangster2 ini ada di sekitar Negeri Johor dan Skudai salah satu cawangan gengster2 ini. Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri mesti bertindak "SEGERA dan TEGAS" terhadap individu terbabit dalam isu ini.

Ini bukan sekadar isu tuduhan rasuah atau salah guna kuasa biasa. Ianya melibatkan ancaman serius terhadap keselamatan negara.

Ketua Polis Negara dan pegawai Polis yang dinyatakan dalam laporan akuan bersumpah tersebut perlu digantung tugas serta merta dan satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan.

Apakah pengistiharan Perang terhadap "Ah Long" oleh pihak Polis sebelum ini hanya untuk mengabui mata rakyat.

Jika benar seperti yang didakwa maka "kecelakaan besar buat rakyat Johor bakal menanti"...

**** Akuan bersumpah dipetik dari blog Malaysia-Today.net

KENYATAAN BERANI ADIK ROSMAH MANSOR

10 June 2009

Berikut adalah pengakuan beberapa individu yang cukup rapat dengan Rosmah Mansor termasuk adik kandungnya sendiri.... Nilai dan andailah sendiri. Mungkinkah tangkal yang diletakkan dibawah meja mesyuarat Pak Lah semasa beliau masih lagi menjawat Perdana Menteri adalah kerja Rosmah...


- KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN MENGENAI 'KERAJAAN PERPADUAN' -

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.

Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.

KeADILan berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.

Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KeADILan untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat